22 Februari, 2009

AIB
perbuatan keji atau kekurangan, kelemahan, ataupun kecelaan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Seseorang itu akan berasa malu dan terhina akibat perkara tersebut. Jika ia diceritakan kepada orang lain, berarti telah menbuka aib orang lain. Siapa yang menutup aib orang lain, kelak di akhirat Allah akan menutup pula aibnya sendiri. Sekiranya di buka aibnya di akhirat, luruhlah daging-daging muka kerana tersangat malu.
1. Ajaran Islam
Setiap manusia dijadikan oleh Allah memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mencari-cari kekurangan, kelemahan dan kecacatan orang lain adalah perbuatan yang amat tercela. Nabi Muhammad s.a.w. berpesan di dalam sebuah hadis baginda, "Wahai
golongan orang yang beriman dengan lidahnya dan tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpati kaum muslimin dan janganlah kamu mengintip hal-hal yang memalukan mereka. Sesungguhnya siapa mengintip hal-hal yang memalukan saudaranya, nescaya Allah mengintip hal-hal yang memalukan pula. Dan siapa yang diintip oleh Allah auratnya (hal yang memalukannya), nescaya dibuka aibnya sekalipun orang itu berada di tengah-tengah rumahnya." (Riwayat Abu Daud daripada al-Barra' bin Azib r.a.)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar